Tuesday, June 30, 2009

kawan-kawen-mengidam

kadang2,
kite rase kite kenal dengan kawan kite.
duduk serumah 4 tahun,
copy and paste assignment die 8 semester,
edit mini projek die 48 bulan,
tolong die time minyak motor die abis kt tengah federal highway,
(even time tu die ngan awek die,walllah...rase cam kite ni hero tu.)..and then die chow je pastu sambung dating ngan awek die,bukan ngan kite (gilerrr..gay ape..)
tolong belikan nasi lemak jati kt S2,lauk cam besa.telor goreng,nasi tambah.baru rm1.50..
and teh ais pak aji, also kt S2.(pergi seksyen 2 jumpa satu syurga-Pretty Ugly)..
tapi pe la maknenye kalo die kawen tak jemput ko.kawan die sebatch.nasib baik x serumah sewa ngan aku.boleh jalan daaaaa....

and,

even kenal sebulan je,
then die kuar matrik.sambung kt IPTS-GLC,
(bapak r. time tu diorang cakap kalo kuar matrik, kene bayar balik kat kemenrtian bape ribu ntah.)
tapi,
ingat lagi kt kitorang..
dah r bagi kad..
invite kt ym lagi..even aku x add pun die dalam list aku..
tapi,
kawan cam ni la yang aku x lokek langsung nak kuar duit belikan hadiah ratusan ringgit (huwaaaa..nanges dalam hati ni...)
xpe..bukan selalu pun..
and,
aku dah decide xnak g PAC tu..
sebab kontrak je..
and leh r tengok kawan aku bersanding nanti..

huhuhu...



1 pe'el orang mengandung yang aku baru jumpe.Akak aku leh mengidam lak nak tengok gambar die time kecik2.Diulangi, akak aku.so, yang dalam gambar pakai baju kaler merah tu takkan lah gambar aku kan.huahuahuahua....

Sunday, June 28, 2009

Budak I

Taken from youtube..1 of my favourite!!

Wednesday, June 24, 2009

Monday, June 22, 2009

Sunday, June 21, 2009

BUMBLEBEE

Tersadar didalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi semuaaa
Kesalahanku yang pernah menyakitimu

Tanpamu tiada berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekapan tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi semuaaa
Kesalahanku yang pernah menyakitimu


bertukaaaaarrrrr
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I




haha!

Thank you sayang..and terima kasih cinta..untuk segalanyaaaaaa......



gile woiiii

3~5/7 ni, aku dapat PAC,PTD Assessment Centre kt INTAN, Kluang..in mean time, kawan aku pun de gak kawen 4/7 tu.kt kluang gak.tapi,probnye kalo ikut akunye schedule, PAC tu abes kul 5..waaaa...cmne nak g ni...

Act, aku pun giri2 gak nk g ke tak ni.sebab setau start intake 2009, sume yang apply nak jadi PTD dapat kontrak je.termasuk r aku.dah r exam die pun aku cam pelik je leh lepas.dah r soklan 1st pun aku tak tahu jawapan die." Siapa yang menjawat jawatan paling tinggi dalam kementrian'kerajaan?" lebih kurang camtu r soalan die.Jawapan objektif die-perdana menteri, Agong, SUK,etc..aku ingatkan PM,rupenye SUK..hehe..memang rezeki r aku leh lepas. Sebaik gak de esei.leh r tibai panjang2..evan blog aku sume pendek2.hihi..

Kawan aku dapat gak PAC ni.tapi die pun cakap gak.Kontrak je pun.so, cam tak berbaloi je nak g PAC ni.stakat nak berdebat ala Thai erk, Parlimen, aku x kesah sangat.tapi bab yang fitness test tu yang den x larat tu.waaaaa....ngan kawan aku kawen ag..hihi..de 1 blog ni, blogger die pun pnh g gak PAC thn lepas..tpi thn lps 1 ari je.economy crisis kan..haha..


Anyway, de gak kawan aku yang dah jd PTD..tapi aku tak tau r dah tahap bape.Yang aku study r, pas je PAC ni de interview-dapat surat lantikan PTD-masuk mane2 badan kerajan-amek DPA,Diploma Pengurusan Awam-Official r jadi PTD..banyak nak mamposss!!!!

Waaa..still de ade 2 mggu lagi nak decide whether nak g ke tak.hurmmm...

Saturday, June 13, 2009

Cobalah Untuk Mengerti

To be frank, lepas je album 'Bintang Di Surga' (BDS). Peter Pan x de wat album yg betul2 hits r.Mean. sume lagu leh layan cam BDS. (asal sekali bace, cam reporter nye ayat lak?x bleh blah btol arrrrrrr).

Tpi ni aku tengok time Anugerah Dahsyat Indonesia (cam Anugerah Era r kat M'sia), Peter Pan perform with their new single (not yet released kt M'sia)-Cobalah Untuk Mengerti memang bessssshhhhh gilerrrrrr....

ha..kalo pemirsa semua enggak tau, di Indonesia lagi sedang hangat kabar Ariel sama Luna (host anugerah kt video ni) lagi udah nikah..tapi ke duanye lagi rahsia..lantak r..janji lagu Peter Pan sedap..huhu...

Friday, June 12, 2009

DING DANG datang lagi...

Musim kawen baru je abes kan.. a.k.a musim cuti skolah..haha..

so, macam biase.kawan2 seangkatan tentera (sangatla merapu) ramai yang mendirikan (nape tak pakai ayat membangunkan ek) rumah dan tangga..ye r, takkan rumah dan lif lak..uhuk3x..
so,aku kasi upload sket few pictures,fren of mine yang tukar title ke married..kasi glamer skettt....hrmmm..










Tuesday, June 9, 2009

adakah anda yg dicari?

Antara jenis2 manusia:-

1) Slumber,simple,ss cam aku..

2) Slumber, simple,ss sebab dah desperate sangat cam mangkuk nie

I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V


mirror: DIPERLUKAN SEORANG AWEK

PANDAI MASAK,MENGEMAS,MENJAHIT,SUKA KUCING

BOLEH TANGGUNG SAYA

ADA KERETA MEWAH

DAN SUPERBIKE

SILA EMAIL ATAU MMS GAMBAR

KERETA MEWAH, SUPERBIKE DAN

KUCING ANDA SEGERA

Sunday, June 7, 2009

Untuk Semua Gadis Yang Pernah Kucintai


Comfirm sudah!

Rap (mingguan metro 7/6/09)

PEMINAT novel terlaris pertengahan 1980-an, Legenda Budak Setan, pasti teruja apabila melihat watak Kasyah diterjemahkan ke filem diiringi watak kekasih pujaannya, Ayu.
Selepas sekian lama kekurangan filem adaptasi daripada novel, kini Astro Shaw dengan kerjasama Nusantara Films dan Tarantella Pictures mengambil jalan bernas ke arah itu.

Dibintangi Farid Kamil yang membawa watak Kasyah, Lisa Surihani (Ayu) selain pendatang baru Shiqin Kamal yang membawa watak Ayu kedua iaitu Emilia.Turut menjayakan ialah Que Haidar, Fazura, Raja Farah, Nubhan, Zoey dan Syed Nabil dan diarahkan Sharad Sharan, pengarah berpengalaman yang pernah mengarahkan filem Diva sebelum ini.

Legenda Budak Setan mengisahkan pelajar nakal yang sering membuli pelajar lain, namun dalam sifat nakal itu berjaya menyentuh hati seorang gadis bernama Ayu yang membuatkan Kasyah berubah lalu membibitkan percintaan.Namun, perjalanan cinta mereka tidak semudah disangka apabila berlaku konflik mengaitkan keluarga sehingga Ayu terpaksa dinikahkan dengan orang lain dan mengalami masalah penderaan jiwa kerana suaminya panas baran.

Peminat novel trilogi ini pasti faham jalan cerita olahan penulisnya, Ahadiat Akasyah yang bertindak sebagai penulis skrip. Namun, bukan mudah memindahkan novel ke filem kerana selalunya novel diolah lebih teliti berbanding filem yang hanya mempunyai dua jam untuk menyampaikan keseluruhan cerita.Ternyata, itulah cabaran yang terpaksa ditanggung seluruh warga kerja produksi, termasuk pengarah dan pelakon, yang rata-rata mengambil masa meneliti setiap watak melalui pembacaan novel itu.

Sewaktu ditemui di lokasi penggambaran di Pulau Langkawi baru-baru ini, Sharad mengakui filem ini satu cabaran besar baginya, apatah lagi berbeza dengan filem arahannya sebelum ini yang banyak mengetengahkan unsur muzikal.“Kali ini, saya mendapat bantuan Ahadiat untuk memudahkan saya mengolah jalan cerita yang saya rasakan menarik untuk disampaikan menerusi filem, apatah lagi novel ini antara yang menjadi ikutan ramai.


“Memang sukar memasukkan semua elemen supaya tidak lari daripada jalan cerita asal, namun dengan kerjasama baik penulis lakon layar dan pelakon, saya dapat rasakan filem ini bakal mendapat sambutan,” kata Sharad yang turut mendapat khidmat pengarah sinematografi dari Amerika Syarikat, Mike Muschamp.

Pendapat itu disokong kerja keras barisan pelakon kerana novel ini begitu rapat dengan penonton, khususnya generasi yang membesar dengan penulisan Ahadiat.“Jika mengikut skrip semata-mata, sukar untuk saya menghidupkan watak Kasyah sehinggalah saya membaca novel ini kerana karektor Kasyah bukan mudah untuk dilakonkan.“Ada beberapa babak daripada novel tidak dimasukkan ke dalam filem, namun babak penting yang menghidupkan jalan cerita dikekalkan supaya pembaca novel itu tidak terasa perbezaan di antara filem dan novel,” kata Farid.

Menurut Farid, dia mengakui ada timbul rasa risau kerana harapan tinggi pasti diletakkan oleh pembaca novel itu, namun dia menegaskan filem tidak mampu menjadi seteliti novel yang begitu halus sentuhannya.

Lisa Surihani mengakui pengalaman berlakon dalam filem ini juga berbeza berbanding filem lakonannya terdahulu kerana banyak babak ‘air mata’ sehingga dia terpaksa membaca novel itu dan memahami karektor Ayu yang lemah lembut.“Saya sentiasa meletakkan setiap watak yang diterima sebagai cabaran, walaupun ada pihak akan mengatakan novel lebih baik berbanding filem.“Apa-apa filem yang diadaptasi daripada novel pasti tidak akan sesempurna tulisan asalnya, namun inilah cabaran yang saya dan pelakon lain hadapi,” kata Lisa.

Pendatang baru, Shiqin Kamal turut menyuarakan kebimbangannya sebagai Emilia iaitu Ayu yang berubah rupa selepas kemalangan, tambah lagi dia masih baru dalam dunia lakonan.“Karektor Emilia sinonim dengan Ayu kerana mereka orang sama, jadi saya mesti mendalami cara lakonan Lisa yang membawa watak Ayu.“Mujur pelakon seperti Farid banyak berkongsi cara mendalami watak Emilia supaya tidak lari daripada Ayu,” kata Shiqin mengenai filem yang dijangka ditayang pada hujung tahun ini.

Thursday, June 4, 2009

Sebab2 Bangunan di Malaysia Runtuh


(gambaq hiasan tau)
note: Kepade TARO, LEO,SEVEN,DYNA, toksah r wat annual assembly kt negara kami lagi..kasihani lah kami...huwaaaaaaa....