Tuesday, October 27, 2009

Hari ini dalam sejarah..

Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.
>> jom kita mendulang kat laut pulak

Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
>> kalau anda tidak bernafas lagi,anda dinasihatkan pulang ke kubur

Kerosakan otak akan berlaku jika suhu bad an meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
>> kerosakan akhlak bukanlah berpunca dari suhu badan

Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.
>> manusia takkan dapat mengalahkan diarang walaupun berkubang lama

Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.
>> manusia kalau mengubah jantinanya,nescaya makan puluhan ribu ringgit

Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.
>> manusia mengaum tak sampai ke mana pun

Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..
>> check sekali kot lupa nak zip

Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.
>> kicap pula masih belum tau kewujudannya. .

Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang-kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.
>> jangan memberus semasa membuang..eheheheh. ..

Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepaskan anda serta merta.
>> untuk melepaskan diri dari buaya darat,anda hendaklah mencucuk (withdraw) semua duitnya dari ATM machine

90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita.
>> termasuklah diri saya sendiri

Thursday, October 22, 2009

Wanita lahirkan bayi lelaki dalam pesawat Airasia

credit to Berita Harian..

Berita Harian (22/10, updated 1648 ): Wanita lahirkan bayi lelaki dalam pesawat Airasia

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mengandung tujuh bulan melahirkan bayi lelaki dalam pesawat AirAsia ketika dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuching, malam tadi.

Liew Siaw Hsia, 31, selamat melahirkan bayi pramatang dengan bantuan seorang doktor yang dikenali sebagai Ronald dan krew pesawat itu yang menyediakan tempat sesuai bagi membolehkan wanita berkenaan melahirkan bayinya.

Pembantu Khas Pengerusi AirAsia, Edd Razhe, berkata wanita itu mengadu sakit perut selepas kira-kira setengah jam pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang pada jam 7.05 malam.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan penerbangan AK5606 itu terpaksa mengalihkan laluan ke Terminal Penerbangan Murah (LCCT) di Sepang.

"Sebaik mendarat, ambulans yang telah sedia menunggu di lapangan terbang itu terus membawa wanita berkenaan bersama bayinya ke Hospital Putrajaya untuk rawatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Edd berkata, sebagai tanda penghargaan, AirAsia akan memberikan penerbangan percuma kepada Liew dan bayinya ke semua destinasi penerbangan untuk seumur hidup.

Beliau berkata, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Datuk Seri Tony Fernandes, yang berada di Bangkok, Thailand, akan pulang ke Kuala Lumpur bagi meraikan kelahiran bayi itu pada satu majlis istimewa di Hospital Putrajaya petang ini. "

AirAsia juga meminta Dr Ronald yang sama-sama membantu menyambut kelahiran bayi itu agar menghubungi AirAsia untuk diberikan penghargaan atas jasa dan bantuan yang diberikan," katanya. - Bernama

nota den: kesimpulanya..beranak r dlm Air-Asia…

Monday, October 19, 2009

Utusan Malaysia Online - Terkini

Utusan Malaysia Online - Terkini

Shared via AddThis

nota den:sedap tak jilat balik air ludah yang dah diludah?

Monday, October 12, 2009

Hari Minggu yang Bingung



nota den: aku x pandai sangat ilmu hisab ni. lu orang kira r sendirik~