Tuesday, October 27, 2009

Hari ini dalam sejarah..

Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.
>> jom kita mendulang kat laut pulak

Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
>> kalau anda tidak bernafas lagi,anda dinasihatkan pulang ke kubur

Kerosakan otak akan berlaku jika suhu bad an meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
>> kerosakan akhlak bukanlah berpunca dari suhu badan

Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.
>> manusia takkan dapat mengalahkan diarang walaupun berkubang lama

Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.
>> manusia kalau mengubah jantinanya,nescaya makan puluhan ribu ringgit

Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.
>> manusia mengaum tak sampai ke mana pun

Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..
>> check sekali kot lupa nak zip

Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.
>> kicap pula masih belum tau kewujudannya. .

Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang-kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.
>> jangan memberus semasa membuang..eheheheh. ..

Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepaskan anda serta merta.
>> untuk melepaskan diri dari buaya darat,anda hendaklah mencucuk (withdraw) semua duitnya dari ATM machine

90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita.
>> termasuklah diri saya sendiri

No comments: